Sunday, January 4, 2015

Bukan sekadar 'sollu alan nabi'

Alhamdulillah. Sempat jugak curi masa sikit untuk tulis satu curahat walaupun dalam fatrah nak exam, tapi cuba untuk menulis. Alang alang apa yang aku sedang ulangkaji ni ada kena mengena dengan tajuk aku nak tulis. Agak takut jugak bila nak tulis tentang ni memandangkan ianya kena dengan realiti harini.
Harap bermanfaat.

Bertepatan dengan tarikh lahir kenabian hari ini, apakah perkara yang kita ingat bila bertemunya tarikh ini? Dan adakah hanya bertemunya dengan tarikh ini, kita baru untuk mengingati tentangnya? (Jaga ya dhomir tu, hehe)

Jika jawapan untuk soalan yang kedua itu "Ya", sudah tentu salah pertimbangan kita tentangnya. Sunnah nabi bukanlah sekadar kita hanya mengingatinya ketika bertemunya dengan tarikh tersebut bahkan ia perlu diingati sehingga akhir zaman. Aku bukan nak salahkan orang yang buat program maulid atau seumpama dengannya, tapi nak salahkan orang yang ingat tarikh lahir nabi, baru nak ingat sunnah nabi (at least dia ingat dari tak).

Ye, memang selawat keatasnya adalah satu kebaikan, tapi kita jangan disempitkan dengan perkara tu saja bahkan sunnah nabi adalah lebih luas dari tu. Sunnah nabi adalah kita mengikuti cara hidup beliau dari sekecil kecil perkara seperti masuk/keluar tandas hatta sebesar besar perkara seperti hal ehwal negara.

Walau maju mana pun teknologi hari ini, sunnah nabi itu hidup sepanjang zaman. Tidak akan hidup pada tarikhnya sahaja bahkan hidup sehinggalah hari kiamat.

Tapi aku rasa takut bila lihat realiti hari ini. Orang akan bersunnah pada satu tempat tanpa yang lain. Aku takut bila manusia buat ibadah mengikut sunnah tapi menjalani kehidupan biasa tidak seperti sunnah.(nauzubillah)
Aku takut manusia buat kebaikan untuk dirinya tanpa mengajak orang lain turut bersama.

Dan aku rasa perkara ini adalah masalah bagi umat Islam khususnya di Malaysia. Masalah kefahaman tentang sunnah nabi, dan masalah ni perlu diselesaikan agar kita dapat hirup semula kehidupan Islam sepertimana kehidupan Islam ketika dahulu kala.

Solusinya, kita mulakan dengan diri sendiri. Kita perlu fahami apakah itu sunnah nabi, dan mula belajar dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Sedikit demi sedikit, biar sedikit asal berterusan kerana itu adalah lebih baik.

Mudah mudahan penulisan ini jadi satu pencerahan dan sentapan untuk kita, WA.

*bagi sesiapa yang tak bersetuju dengan penulisan ini, boleh berbincang cara baik :)