Wednesday, June 25, 2014

Ramadhan, hadiah untuk hambaNya.

Bismillah.

"Hadiah ni la yg aku tunggu tunggu selama ni. Wuhuuu!"
"Syukran bagi hadiah ni. Ana guna hadiah ni sebaik mungkin." 
"Bestnye dapat hadiah ni!"


Begini lah perasaan orang yang dapat hadiah atau satu pemberian yang berharga, lagi lagi dari orang yang tersayang.

So kali ni, aku nak cerita sikit tentang bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Suka aku tulis tajuk ni dengan tajuk "Ramadhan, hadiah untuk hambaNya" sebab aku rasa antara banyak banyak bulan Islam, bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa dan bulan banyak "hadiah".

Mungkin kita semua dah tahu tapi apa salahnya kalau kita refresh dan remind semula tentangnya supaya ilmu dan iman kita bertambah dan seterusnya melajukan lagi amal kita dalam bulan ramadhan dan bulan bulan seterusnya.



Ramadhan,
Bila tiba je ramadhan, kita tahu yang kita ni wajib berpuasa. So apa itu puasa? Puasa, menahan lapar dan dahaga serta perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Common right?


Bila tiba je ramadhan, umat Islam akan disibukkan dengan program program di masjid dan surau. Rancangan di televisyen dan radio penuh dengan bacaan Quran, pembelajaran fiqh puasa, kisah umat terdahulu dan lain lain. Pernah terfikir tak kenapa benda ni terjadi sampai begitu sekali? Semangat betul orang Islam sambut Ramadhan..!

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
"Barang sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa dosanya yang terdahulu"  (Al-Hadith)


Tak lain tak bukan kerana, bulan ramadhan merupakan bulan keberkatan dan bulan pengampunan dosa.

Allah s.w.t telah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang melakukan kebajikan pada bulan ini. Seharusnya kita perlu memperbanyakkan amal kebaikan agar timbangan pahala kita berat dan dapat membantu kita di hari akhirat kelak.

Ramadhan merupakan bulan perubahan. Syaitan syaitan akan dibelenggu. Sebab apa? Supaya Allah memberi peluang untuk manusia berubah. Dari kuat makan kepada sedikit makan. Dari kedekut kepada pemurah. Dan dari jahat kepada baik. Dari baik kepada lebih baik.

Ramadhan juga merupakan bulan penyucian jiwa. Sebelas bulan jiwa kita diselubungi dengan dosa, dan Allah hadirkan bulan Ramadhan supaya kita sental lekit lekit dosa kita. Dalam masa yang sama, Ramadhan melahirkan mu'min yang bertaqwa.



Firman Allah:
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ)
"Wahai orang orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa seperti mana umat yang terdahulu agar kamu semua bertaqwa".


Inilah hadiah dari Allah untuk hambaNya. Jika kita benar benar berpuasa, kita akan tergolong dalam golongan bertaqwa. Objektif ramadhan adalah melahirkan mu'min bertaqwa. Tanpa taqwa, apa ertinya kita berpuasa, sia sia.

Ramadhan merupakan satu madrasah(baca:sekolah) yang mengajar kita banyak perkara. Contohnya, ramadhan mengajar kita untuk tepat pada waktu. Seperti mana kita digalakkan untuk menta'khirkan(baca:melambatkan) sahur dan segera berbuka.

Ramadhan juga mengajar kita agar bersabar. Sabar berlapar dan dahaga, sabar untuk tidak marah, sabar supaya tidak tergopoh gapah ketika berbuka dan sabar untuk beramal ketika mana badan letih kerana berpuasa.

Inilah hadiah dari Allah untuk hambaNya. Bayangkan, satu kotak besar, dalamnya ada banyak hadiah, dan hadiah di dalamnya semuanya berharga. Tidak ada hadiah yang berharga selain hadiah dari Allah untuk hambaNya.



Oleh itu, gunalah hadiah ini sebaik mungkin, gunalah dengan tepat dan jangan mensia siakan hadiah yang berharga ini. Mulalah beramal! Bila lagi kita nak beramal semaksima mungkin kalau tidak dalam bulan Ramadhan ini. Tapi ingat, kita beramal bukan kerana ramadhan tapi kita beramal kerana Allah, kerana kita ini hamba, kerana kita ini orang yang beriman.

Pepatah ulama' ada menyebut:
كن عبدا ربانيا ولا تكن رمضانيا
"Jadilah hamba Allah dan janganlah jadi hamba ramadhan".


Oleh itu, persiaplah diri kita untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Mulakanlah untuk beramal dalam bulan ini juga agar kita tidak pancit dipertengahan ramadhan nanti.

Suka untuk aku ingatkan diri sendiri dan semua agar timbulkan soalan ni dalam diri kita sebelum kita bertemu dengan bulan Ramadan yang nak dekat dah ni dan Ramadhan seterusnya.

Pertama, berapa kali kita sudah berpuasa semenjak kita ditaklifkan(baca:diwajibkan) berpuasa dalam bulan Ramadhan? Sepuluh kali? Dua puluh sembilan kali? empat puluh kali? Yang kedua, adakah kita berubah pada bulan ramadhan sebelum ini? Apakah natijah pada kita setelah melalui Ramadhan sebelum ini?

Dengan kita persoalkan diri kita dengan soalan soalan ini, agar kita lebih bersedia dengan Ramadhan yang akan datang. Muhasabah untuk kita semua.

Andai kata ini ramadhan terakhir kita atau kita tak sempat pun nak melalui ramadhan kali ni.....mafishh kalam(tak kata apa dah) Na'uzubillah.

Kita minta pada Allah agar kita dapat melalui ramadhan kali ini dan akan datang. Amin.


Akhir kalam, laluilah ramadhan kali ini dengan penuh keimanan.

*hayatilah dua video tentang ramadhan.