Tuesday, May 27, 2014

Isra' dan Mi'raj : Perjalanan yang penuh dengan pengajaran.

Bismillah.

Bersyukur kita pada Allah, kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat hidup dalam keadaan beriman kepadaNya, Alhamdulillah.

Aku rasa ini post pertama aku sepanjang 2014 ni. Memang ada niat dihati nak selalu update/post sesuatu dalam blog ni, tapi apakan daya ilmu tak setara mana.

Tapi kali ni, aku tampil beranikan diri untuk post sesuatu kerana sebutir peluru hanya mampu membunuh seorang, tapi satu penulisan mampu 'membunuh' ribuan orang. -SQ-

Keberanian aku kali ini kerana aku tidak akan tulis panjang sebab, apa yang aku nak sampaikan ni aku muatkan dalam satu gambar/infografik dan sumbernya dari blog orang lain juga tapi sememangnya penceritaannya sama tiada yang lain cumanya cara penyampaian aku dalam bentuk gambar/infografik. 

Mudah mudahan bermanfaat untuk ummat :)


Sememangnya peristiwa ini direkodkan untuk menjadi pengajaran kepada kita, ya, benar! Mana mungkin Allah susun keadaan keadaan yang telah berlaku ini tanpa pengajarannya. Percayalah kawan, disebaliknya penuh pengajaran jika dihayati dengan akal yang sihat dan berpandukan Quran dan Sunnah.

Disini ingin aku ceritakan sedikit pengajaran yang kita boleh ambil. Pengajaran dari sudut perubahan diri ke arah kebaikan. Lihat Rasulullah s.a.w, sebelum memulakan perjalanan, baginda terlebih dahulu disucikan hatinya dan diisi dengan hikmat, ilmu dan iman.

Begitu jugalah kita, untuk kita berubah ke arah kebaikan, menjadi soleh/ah, tidak dapat tidak kita perlu tinggal apa buruk dan isi hati kita dengan iman dan ilmu. Ya, tinggal yang buruk dan isikan yang baik, tinggal yang buruk dan isikan yang baik.

Dari situ kita akan dapat perubahan yang betul betul dari dalam hati setelah kita benar benar melakukan perkara tersebut. Tapi kawan, sememangnya kita tidak terlepas dari diuji oleh Allah kerana, Allah ingin melihat sejauh mana perubahan kita. Adakah kita betul betul berubah atau sebaliknya.

Cukup sekadar itu saya hurai. Yang penting, jangan biarkan peristiwa Isra' & Mi'raj ini berlalu begitu saja tanpa diambil pengajaran walaupun sedikit. 
Mudah mudahan kita sama sama berubah dan menjadi generasi harapan ummah.


-AZ-