Friday, March 29, 2013

Kehidupan itu satu perjuangan.

Sekali tengok gambar mereka, timbul bermacam macam soalan. Timbul seribu perasaan.

Nah, cuba tengok gambar mereka yang syahid ni. Apa perasaan korang semua? Apa yang korang fikirkan?


Allah. Tengok sajalah keadaan tubuh badan mereka ketika Allah 'menjemput' mereka.

Mengapa mereka jadi sebegini? Berdarah sini, berdarah sana. Putus kaki dan tangan. Allah...

Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kerana mereka menegak kalimatul haq, mereka menyambung risalah Nabi, menyebar agama Allah, agama yang benar.

Yes, kehidupan itu satu perjuangan. Dan perjuangan itu sebenarnya perjuangan untuk Islam yang mulia, yang terchenta dan yang tertinggi. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Dan sesungguhnya perjuangan itu panjang dan penuh dengan rintangan. Rasulullah S.A.W berdakwah kepada penduduk di Mekah selama 13 tahun dan penduduk Madinah selama 10 tahun. Ia merupakan satu tempoh yang agak panjang. Dan dalam tempoh tersebut, pelbagai ujian dan cabaran yang datang. Di boikot, di hina, dibaling najis dan batu dan sebagainya.

Untuk menegakkan agama Islam, Rasulullah S.A.W membina kekuatan iman dan Islam pada para sahabat yang berjuang bersamanya.

Oleh itu, perjuangan yang panjang dan penuh rintangan ini hanyalah boleh dilalui bagi sesiapa yang mempunyai kekuatan iman dan Islam itu sendiri. Itulah dua elemen yang terpenting yang ada pada penyambung risalah Nabi Muhammad S.A.W seperti As Syahid Imam Hasan Al Banna, Syed Qutb dan lain lain lagi.

Mereka sanggup berkorban apa saja demi menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Kerana mereka tahu, hanya Islam sajalah yang benar, penyelesai segala masalah, dan jalan kita ke syurga. Musuh Islam boleh saja membunuh tokoh tokoh Islam, tetapi fikrahnya tiada siapa yang boleh mematikannya.

Syed Qutb pernah berkata, "kata kata kita umpama patung yang tidak bernyawa tetapi apabila kita telah mati kerananya, pada masa itu ia akan hidup".

Tidak dapat tidak, perjuangan ini mestilah dilalui dengan kekuatan iman dan Islam yang padu, dan kekuatan ukhuwwah yang tulus dan ikhlas keranaNya. Dengan itu, sesebuah jemaah akan dapat bergerak aktif, tidak gentar dengan musuh dan sanggup berkorban apa saja demi Islam.

Biarpun nampak sedikit, tetapi yang sedikit itu kuat dan kental.


 p/s: jeles tgk mereka yg syahid. Mereka kuat menghadapinya, aku?

Friday, March 15, 2013

Alhamdulillah, kita ada...

Alhamdulillah, pagi ini kita merasai nikmat mandi di dalam bilik air bersama air 'hujan' yang mencurah laju.
Tapi kita tak tahu yang di luar sana hanya merasai nikmat mandi dengan hanya sebaldi air dengan sabun buku  hanya sebesar ibu jari.

Alhamdulillah, kita mempunyai baju yang cantik cantik untuk dipakaikan pada hari ini supaya nampak smart dan cool di tempat kerja atau di kelas.
Tapi kita tak tahu diluar sana hanya memakai baju yang sama selama seminggu. Dan terkeluar benang benang pada baju itu kerana bekas jahit.

Alhamdulillah, kita mempunyai kereta yang 'super power' untuk pergi ke tempat kerja dengan laju tanpa menghidu bau asap ekzos kenderaan lain.
Tapi kita tak tahu di luar sana hanya berkayuh basikal ke tempat kerja. Hidung masak sangat dengan bau ekzos kenderaan lain dan lebih malang jika dibasahi dengan air hujan dan percikan lopak air di tepi jalan.

Alhamdulillah, tempat kerja kita ada itu dan ini. Ada kerusi yang selesa untuk melakukan kerja di dalam office. Ada secawan teh 'o' ditepi.
Tapi kita tak tahu di luar sana, hanya mengutip sampah sampah di tepi jalan menahan bau busuk tong sampah besar.

Alhamdulillah, kita mempunyai rumah yang lawa dan bertingkat tingkat untuk kita didiami.
Tapi kita tak tahu di luar sana, hanya mempunyai pondok buruk yang tidak lama lagi akan robah dek hujan panas hujan panas yang melanda. Iklim tidak menentu

Alhamdulillah, kita ada macam macam. Sempurna kita punya keperluan.
Tapi kita tak tahu di luar sana, sering meminta minta bantuan untuk memenuhi keperluannya untuk hidup.

Tapi mengapa kita yang sempurna ini, angkuh dan sombong pada pencipta kita, Allah? Dan mengapa kita memandang rendah pada yang fuqara' dan masaakin?

Pejam mata, tanya diri, tanya iman

Ruginya kita, gaji beribu ribu tapi sesen tidak diinfakkan pada jalan Allah.
Mulianya di sisi Allah, orang yang kita pandang rendah ini, yang gajinya hanya cukup cukup makan tapi berkesempatan untuk menginfakkan sedikit hartanya pada jalan Allah.

Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur...

Thursday, March 14, 2013

Aku dan tabligh..

Selesai solat isyak, aku pun bangun untuk beredar keluar. Saat aku hendak membuka 'sliding door' surau tu, aku dipanggil oleh dua orang yang duduk di saf belakang dalam surau itu. 

Sorang tu nampak gaya macam muda lagi dan sorang lagi agak sudah berumur.Aku pun terus berhenti membuka 'sliding door' lantas terus jumpa dua orang yang memanggil aku tadi.

Mula mula hanya berkenalan biasa saja. Aku kenalkan diri aku. Nama, asal mana, umur berapa, sekarang buat apa dan macam macam.

Habis je sesi perkenalan. Pakcik yang berjanggut tu mula bercerita pasal dakwah. Banyak dia bercerita. Dan antara ayat yang aku agak terkesima..

"Siang hari kita 'terjun' ke dalam umat, malam hari kita menangis minta tolong pada Allah"

"Macam mane dakwah Nabi? Terus jumpa orang tu dan dakwah. Dari hati ke hati".

  Dan dia ada sentuh pasal kebiasaan para mubaligh membaca fadhail amal."Yang kami baca hadis lepas solat tu sebab kita nak timbulkan keyakinan, bila timbul keyakinan baru ada amal".

Dan antara soalan yang dia tanya pada aku..

"Selalu buat solat dhuha?... Dapat istiqamah?"

"Selalu baca surah al Kahfi tiap tiap Jumaat?"

*Aku tersenyum dan hati aku memang terasa sangat. *macam kena tumbuk ohhhh -_-

Dan banyak lagi dia cerita tentang dakwah ni. Habis ayat al-Quran, hadis dan sirah Nabi dia cerita.Dia ada jugak bagitahu, "Nanti kalau kamu pegi ke Mesir, kamu boleh pergi ke Iskandariah, kat situ ada jugak pusat tabligh.

Aku hanya mampu dengar dan senyum.

Akhir sekali dia ajak aku untuk 'keluar' selama tiga hari.Keluar yang dimaksudkan disini adalah keluar tinggalkan rumah, tak balik semata mata untuk dakwah, tadabbur umat. Kebiasaan mereka akan pergi masjid ke masjid. Dan aku jawab "InshaaAllah" sambil tersenyum. Tak puas lagi dia bercerita, dia minta no telefon aku. Sorang tu bawa keluar handphone, dan sorang lagi bawa keluar buku dan catit nombor aku. *Fuhhh famous ;D

Akhir sekali kami bersurai.Ingatkan dah habes kami ber'usrah' tadi. Tiba tiba abang tu jumpa aku dan dia bawa keluar duit dan beri pada aku.

Pada mulanya aku menolak. Tapi bila dia cakap, "Takpe ini abang punya hajat. Hajat abang nak bagi duit ni kat kamu. Ambillah..".Tanpa berkata apa apa, aku pun ambil :)

Aku pun beredar pulang ke AIM...

Begitulah kisah aku dan tabligh. Sebelum ni macam macam aku jumpa. Salafinya, ISMAnya dan macam macam lagi lah. Dan yang terbaru ni tabligh. Sebelum ni pernah jumpa tapi dia tak cerita panjang lebar macam ni.


Conclusionnya aku tengok semua matlamat mereka sama, untuk jadi hamba Allah, cuma mereka berbeza cara. Itu hasil pemerhatian aku setakat ni.

Actually, banyak pengajaran yang aku dapat bila jumpa mereka.

1. Jangan takot nak keluar harta pada jalan Allah. Yakin yang memberi tu siapa dan kita bagi kepada siapa, untuk apa(fisabilillah).

2. Kalau ada peluang untuk dakwah, teruskan. Jangan takot takot. Sebab apa yang kita nak sampaikan ni pernah dibuat oleh kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

3. Apa yang kita nak sampaikan ni sebenarnya ayat ayat Allah, so sudah tentu Allah menjaga siapa yang hendak menyampaikan ayat ayatNya.

4. Kalau kita sesama orang Islam, kita jangan malu malu sebab kita bersaudara. Anggap kita dah jumpa lama, dah kenal lama.

Lastly pesanan aku untuk Muslim termasuk jugak aku sendiri, kalau kita berlainan NGO/parti or kumpulan apa apa pun, tak usah kita bertengkar sesama sendiri, Matlamat kita sama, cara kita berbeza.


Bila antara kita lakukan kejahatan, kita tegur dengan berhikmah, kalau antara kita lakukan kebaikan, kita sokong.

Kalau agama kita dihina, kita sama sama bangkit.


Ingat, musuh kita sedang merancang dan menjalankan agenda mereka, sedangkan kita disini bergaduh sesama sendiri.

Bagaimana mereka hendak tertarik dengan agama kita, kalau kita sesama kita bergaduh, tidak berakhlak baik.

Wallahu 'alam :)

Friday, March 1, 2013

Sebelum apa apa..

Read! Read! Read!

Kali ini aku post dalam keadaan suasana yang agak aman dan damai. Dengan udaranya yang nyaman sejuk, di lagukan pula dengan lagu bertajuk krikk krokkk oleh artis cengkerik dan katak lepas hujan dengan diri dalaman yang telah sembuh sedikit, Alhamdulillah. Kali ni tentang tajuk yang sering kita dengar dan dari kecik kita dah didik dengan tajuk ni.

Iman dan Islam.

Apa itu Iman dan Islam? Apa ya? What that? Maaza?

Oh yaa. That lifestyle. Islam style not gangnam style. *puihh.

Islam adalah agama yang diredhoi Allah. Agama yang betul sebetulnya. The ways of life lah kata omputeh ;)
Ianya syumul(menyeluruh). Islam datang bukan nak halang semua perkara tapi dia nak tunjuk bagaimana. Ucap saja syahadatain(La ilaha illalAllah, Muhammadur RasulullAh) kita akan dilabel dengan Muslim atau orang Islam. Masuk saja Islam, kita ditaklif(tanggungjawab) sedikit. Tapi taklif tu ada ganjarannya. Apa dia? Pahala atau syurga ;)

Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.


Apa dia kerjanya? Solat lima waktu, pergi haji bagi yang mampu, puasa, dan bayar zakat. Pastu ada lagi, buat baik dan tinggalkan yang jahat. Senang je, ye senang kalau kena caranya :D


Apa itu Iman? 

Iman adalah mutiara~ Opps! ternyanyi, maaf suara saya tak sesedap macam Maher Zain tapi sedap macam Sami Yusuf ;) Ahaaa abaikan. Back to the story, Iman ni kita punya 'antibody'. Takde benda ni habes, macam macam boleh jadi. Gulp. Iman ade tahap tahap dia. Dan ketahapan ni bergantung pada siapa orangnya.

Iman para nabi, menaiiiiiik je. Tak pernah turun, sebab mereka ma'sum(terpelihara). 
Iman para malaikat pulak statiiiiik je. Tak turun dan tak naik. Sebabnya mereka ni tiada nafsu.
Iman manusia? Gulp sekali lagi.
Iman manusia ada naik, ada turun. Ada yang turun naik guna tangga, ada yang turun naik guna lift. Amboi dia. Guanne leh jadi gitu erk? Sebab...manusia ada nafsu dan selalunya nafsu manusia mendorong manusia untuk buat perkara mazmumah(keji). Eee takot.

Nah, resepi kejayaan para penghuni syurga.

Mata. Sebelum melihat apa apa, pastikan mata kita 'ditapis' dengan Iman dan Islam terlebih dahulu.

Mulut. Sebelum berkata kata, pastikan mulut kita 'ditapis' dengan Iman dan Islam terlebih dahulu.

Telinga. Sebelum mendengar apa apa, pastikan telinga kita 'ditapis' dengan Iman dan Islam terlebih dahulu.

Tangan dan kaki. Sebelum melakukan apa apa, pastikan tangan dan kaki kita 'ditapis' dengan Iman dan Islam terlebih dahulu.

Organ dalaman. Sebelum apa apa, pastikan 'dicelup', 'dicicah' dahulu dengan Iman dan Islam. Baru sedap, perhhhh!

So, sebelum apa apa terjadi, sebelum kita nak jadi apa apa, pastikan kita ada kelengkapan yang asasi iaitu Iman dan Islam. Tanpa dua ni, berkemungkinan kita bakal jatuh ke lembah maksiat dan dosa dan akhirnya ke neraka lah kita. *Minta dijauhkan.

Apa perlu buat? Pelajarilah ilmu agama then nak jadi apa jadi lah. Kita nak doktor yang beriman, pilot yang soleh, dan lain lain kerjaya yang belakang dia ada title bakal penghuni syurga. InshaaAllah amin :)

So, just do it.