Wednesday, July 10, 2013

Assalamualaikum pendosa...

Bismillah.

Buat sekian lamanya dah lama aku tak update blog ni sebab takde masa dan sibuk dengan program dan kerja.

So harini aku nak cerita sebuah kisah daripada mimpi seseorang yang baru saja dia lalui. Walaupun mimpi, tapi bagi aku ianya mampu mengetuk pintu hati hati orang mu'min, inshaaAllah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah selesai solat subuh berjemaah di masjid, dia pun pulang ke rumah lalu terus mencapai handphone untuk membuka dan membaca application al-ma'thurat. Ketika dia sedang membaca, lalu dia pun terlelap kerana begitu mengantuk sangat.

Maka bermulalah mimpi beliau yang sungguh menggerunkan hati hati yang masih hidup. Dikisahkan beliau menyertai satu peperangan yang mana kekuatan tentera dan senjata kumpulan beliau sangat lemah. Ketika itu pengharapan pasukan beliau dengan Allah sangat kuat dan tinggi.

Sebahagian mereka menjaga post kawalan daripada diserang serangan musuh dan sebahagian yang lain sedang solat. Dan mereka silih berganti antara mereka.

Dipendekkan cerita, penamat peperangan mereka, mereka kalah dan semua dikalangan mereka mati syahid.

Selepas itu, mereka dikumpulkan dalam satu majlis yang mana pakaian mereka serba hitam. Dan beliau sedang menunggu giliran untuk mengambil wuduk.

Ada yang sedang memberi segelas air sejuk kepada rakan yang lain dan berkata..
"Ambillah, nanti sejuk sikit dalam kubur."

Diceritakan suasana ketika itu sungguh meriah. Mereka sentiasa senyum gembira kerana mereka mendapat syahid dalam peperangan. Tetapi hanya seorang saja yang muram dan tidak pernah senyum malah mengalirkan air mata iaitu beliau sendiri kerana masih mengenangkan dosa beliau yang telah dilakukan ketika hidupnya. Rakan rakannya lain sentiasa memberi sokongan dan dorongan.

"Kita dah mati syahid, dosa kita diampunkan".

"Kita dah mati syahid, inshaaAllah kita dapat syurga"

Kata kata semangat rakan rakannya tidak mampu membuatkan beliau senyum walaupun beliau merupakan syahid ketika perang.

Lantas mereka berkumpul di suatu tempat dan mendengar tazkirah dari seorang ustaz. Ustaz tersebut mengucapkan tahniah atas kesyahidan yang kami peroleh. Tapi tuan punya mimpi ini, tidak rasa gembira seperti rakan rakannya yang lain malah masih mengalirkan air mata kerana terkenang dosa yang beliau lakukan ketika hidup, ketika beliau belum menyertai peperangan.

Selepas ustaz tersebut memberi tazkirah, lalu beliau bangun dan bertanyakan satu soalan pada ustaz tersebut.

"Ustaz, aku mati syahid ketika perang, adakah aku layak ke syurga walaupun aku sering melakukan dosa ketika aku hidup?"

Lalu ustaz tersebut pergi begitu sahaja tanpa memberi jawapan.

Diceritakan kehidupan realitinya, ketika hidupnya, beliau sering melakukan dosa. Dan pada masa yang sama beliau tahu itu adalah dosa. Senang cerita beliau dalam keadaan sedang melawan nafsu, antara haq dan batil, antara pahala dan dosa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually, banyak pengajaran yang aku dapat daripada mimpi ini..

  1. Allah bagi hidayah, Allah ketok pintu hati kita dengan macam macam cara. Ada kasar dan ada yang lembut. Dan kita patut rasa bersyukur sangat sangat jikalau kita sedar yang kita ni sedang ditegur oleh Allah.
  2. Nak berubah jadi baik ni memang susah. Dan nak orang baik pun susah jugak, susah nak istiqamah.
  3. Setiap kejadian yang kita nampak, yang ada sekeliling kita sebenarnya untuk kita. Cuma kita kene fikir apa yang Allah nak sampaikan kepada kita daripada kejadian kejadian di sekeliling kita.
  4. Orang yang nak berubah memerlukan suasana yang baik supaya kita dapat kekalkan kebaikan kita.

La Tahzan
Kepada anda-anda,
yang ingin berubah,

yakinlah,
jalan ini tiadalah mudah.

dan yakinlah jua,
penghujung jalannya,
amatlah indah.

Pabila hendak berubah,
perlunya berhijrah.

Dan dalam soal berhijrah,
perlunya kepada biah (persekitaran) yang soleh.

Usah bersama mereka yang suka menjatuhkan,
usah dihiraukan mereka yang kononnya sahabat sejati.

Biarkanlah mereka,
jangan dipeduli.

Kembalilah kepada Allah,
kerna Allah jualah Yang Maha Mencukupkan.

Akan diganti mereka-mereka,
dengan hamba-hambaNya yang mencintaiNya,
dan mencintaimu kernaNya.

Pada tika itu,
kenapa perlu bersedih lagi?

*walaupun ianya sebuah mimpi tapi ia penuh dengan pengajaran. ambilah pengajaran tersebut dan tinggalah cerita mimpi ini.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
RAMADHAN KAREEM.

*mudah mudahan bulan ini bulan untuk kita berubah menjadi lebih baik sehingga akhir hayat :)