Thursday, February 21, 2013

Kita boleh!

"Aduh, macam mane ni. Dah la subjek ni susah gila pastu kena hafal formula tu la ini laa.."

"Perhhh! Banyak gila kena hafal. Botak kepala aku!"

"Ishh, boleh ke ni. Macam confirm fail je subjek ni".

"Zzzzzzz......"

Pernah dengar ungkapan ini? *Yang keempat tu bukan ungkapan, itu tidak terungkap namanya, ianya lebih teruk daripada kata kata yang lain tu.
Ungkapan dari manusia yang tidak yakin pada diri sendiri. Ungkapan bernanah dari mulut manusia dan ungkapan yang melukakan jiwa sendiri dan orang lain. *Ambil sedasss, dushhh!

Inilah masalah pelajar sekarang, negative thinking terhadap pembelajaran. Belum apa apa dah mengeluh bagai nak ghakkkk. *cehh, entah betol entah tidak ayat tu :D
Bukan pelajaran je tapi 'ala kulli hal(dalam semua perkara). Tak semua orang macam ni tapi segelintir, tapi ada -_-

Akibatnya? Akibatnya sifat malas mula berjangkit dalam diri yang bernama insan. Ya, sifat malas yang bahayanya lebih teruk daripada gigitan beruang kutub utara. Hebat tak hebat sifat malas ni, sampai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W sediakan doa untuk umatnya bagi mengelak daripada bersifat malas dalam diri fi kulli hal, khususnya student atau skop lebih besarnya, orang Islam. Orang Islam tak boleh malas. Kalaulah Nabi Muhammad malas menyampaikan risalah Islam, tak wujudlah Imam Syafi'e, Imam Hanafi dan ulama lain.

اللهم إني أعوذبك من العجز والكسل

Maksud: Ya Allah, aku mohon perlindunganmu dari sifat lemah dan MALAS.

Seorang mu'min tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama dua kali.

"Kalau kita boleh sediakan roket untuk bawa sifat malas ni ke luar angkasa kan bagus".

Kalau kereta rosak, kita akan check enjin, check tayar dan check segala bagai. Kalau diri kita ni selalu gagal khususnya dalam pendidikan, apa yang nak di-checknya? Check balik diri kita, check bagaimana cara pembelajaran kita.

Kita punya Allah yang Maha Berkuasa.
Ya, diri kita. First, kita check diri kita ni, bukan handsome atau cantik tapi jiwa kita ni. Kalau kita sembang pasal ni, dia tak lari dari dua perkara, iaitu hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia. Kita bina hubungan kita dengan Allah dulu. Bagaimana? Ikut perintahNya dan tinggal segala laranganNya. Itu secara umumnya, kalau nak lebih detail, lain cerita. Mudahnya! Semudah masak air. Ya, memang mudah kalau ada perjuangan yang tinggi, peace! :)

Then, check balik bagaimana pula hubungan kita dengan manusia? Haa...ini yang masalahnya. Jom fikir jap, kalau kita ada buat dosa kepada Allah, anytime kita boleh minta maaf tanpa ada temu janji yang siap dengan meja makan -_- kan?

Mu'min itu bersaudara ;)
Tapi...
Kalau buat salah terhadap manusia? Tepuk dada, tanya iman.
Kita kena tahu manusia ni bermacam macam perangai, tak semua perfect tapi yang berkeinginan perfect tu ada.
Ada manusia yang lembut hatinya, mudah memaaf sesama insan dan ada pula segelintir manusia yang keras kepalanya, sampai tujuh keturunan taknak ampunkan kesalahan manusia waimma saudara dia sendiri. Perhhh! Paghahhh.

So, langkah yang pertama ialah recheck balik diri kita. Apa yang tak kena, apa yang kurang, apa yang perlu ditambah ditolak didarab dan dibahagi.

Study smart not study hard ;)

Seterusnya, cara menangani masalah kegagalan kita dalam pembelajaran kita ialah cara kita study. Okay ini masing masing punya hal, maksud aku kat sini, masing masing ada cara tersendiri. Ada orang tu style dia, lepas solat maghrib tidur sampai pukul satu pagi pastu bangun, solat Isyak and study sampai Subuh. Memang ada and aku pernah cuba, cukuplah sekali dalam seumur hidup aku -_-
Cara kita study ni biar smart jangan kabut. Susun jadual, buat nota kaki nota tangan segala bagai. Dan yang penting disiplin dengan apa yang kita rancang.

Wujudnya suasana belajar dapat mengelakkan sifat malas.

Dan kalau sesiapa yang selalu join kem motivasi, dua perkara ni selalu ditekankan, pasal diri kita dan cara belajar. Dan kalau kita tanya rahsia kejayaan kakak kakak, abang abang kita diluar sana tu, mesti jawapan dia adalah hubungan kita dengan Allah.

Kita punya Allah, Dia yang memberi segala galanya. Tunggu kita saja untuk berusaha sedikit.

Qum, zalzil!

Yah! Ambil masa seminit dua untuk muhasabah diri balik. Cuba fikir secara logik, aku study gila gila ni untuk siapa? Tidak lain tidak bukan untuk diri kita sendiri. Dan jangan lupa untuk sebar kepada masyarakat kerana masyarakat di luar sana sedang 'tenat' dan perlukan sesuatu yang menenangkan jiwa. Ilmu tu perlu disebar bukannya untuk disimpan di dalam peti ais biar membeku.

Cuba fikir ni..
Orang yang cacat fizikal boleh berjaya, takkan kita yang sempurna ni tak boleh. Kalau Malaysia boleh, mereka boleh, kita mesti boleh. Ya, kita boleh!


*InshaaAllah, yang baik itu kita sama sama amalkan terutamanya penulis dan yang kekurangan daripada penulisan ini kita jadikan pengajaran, maaf ;)