Thursday, December 6, 2012

F U T U R

Alhamdulillah, baru-baru ni sekolah aku ade buat satu program yang bernama "Menjadi Seorang Ustaz" (MSU). So, program ni banyak laa aktiviti dia. Serba sedikit objektif program ni adalah untuk melatih kemahiran insaniah dan membentuk peribadi muslim pelajar. Kalau nak tahu lagi layari blog ni http://aimstam.blogspot.com/ 

Dalam banyak-banyak program yang ada dalam MSU ni salah satunya slot ABN iaitu Agama, Bangsa, Negara. Objektifnya, melatih pelajar untuk berpidato. So aku diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu dalam slot ABN. So tajuk yang aku sampaikan adalah futur(malas). Dan kat sini aku ada copy paste dr presentation aku tentang tajuk futur ni. Untuk pengetahuan korang, tajuk ni diambil dr buku "Wabak Sepanjang Jalan".

Serba sedikit tentang tajuk ni. Futur bermaksud malas. Penyakit ni akan datang kepada orang yang giat dalam kerja kerja agama atau pun giat dalam beribadah.

Pengertian Futur


1.Terputus atau terhenti sesudah berjalan atau diam sesudah bergerak.
2.Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif atau bersungguh-sungguh.

Firman Allah S.W.T

وَلَهُ مَن فِيْ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ عِندَهُ لَا

 يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلَا يَسْتَحْسِرُونَ. يُسَبِّحُونَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ
 لَا يَفْتُرُونَ
  Dan ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua, dan malaikat yang berada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadanya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang dan tidak berhenti-henti.

Tahap futur


ÒTahap rendah:

  Malas atau melengah-lengahkan.
ÒTahap tinggi:
  Berhenti terus, statik.


SEBAB BERLAKUNYA AL FUTUR


ÒSikap keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama.

ÒMembazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan.
ÒMeninggalkan jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan.
ÒKurang mengingati mati dan hari akhirat.
ÒPengabaian melakukan ibadat harian
ÒMengambil makanan yang haram atau syubhah
ÒPenumpuan ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam
ÒGagal memahami sunnatullah.
ÒMengabaikan hak tubuh badan
ÒMendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
ÒSambil lewa menjalankan tugas
ÒSentiasa melakukan maksiat samada kecil atau besar.

KESAN AL FUTUR.

ÒBanyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
ÒKurang melakukan ibadah kepada Allah.
ÒMelakukan ibadah sambil lewa.

Kalau korang nak tahu, ni laa Akram Zulkifli :)


MENGUBATI AL FUTUR

ÒMenjauhkan diri daripada melakukan maksiat.
ÒBerterusan melakukan ibadat harian.
ÒMengingati waktu-waktu yang afdhal beramal dan melakukan ibadat.
ÒMembebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama.
ÒMeletakkan diri dalam dakapan jamaah.
ÒMemberi perhatian kepada sunatullah.
ÒBersedia untuk berhadapan dengan halangan.
ÒMeneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.
ÒSentiasa mendampingi orang-orang soleh dan mujahidin.
ÒMemberi hak kepada badan.
ÒMenghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus.
ÒSentiasa merujuk sirah-sirah terdahulu.
ÒSentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
ÒSentiasa menghadiri majlis ilmu.
ÒMelakukan muhasabah diri setiap waktu.
ÒMenerima Islam secara keseluruhan.

Yang istimewanya, tajuk ni ade lagu die. Tajuk dia
pun futur :D



*hope kita sama sama tidak futur :)