Monday, August 20, 2012

Ramadhanku telah pergi.

Assalamualaikum :)

Yes, akhirnya tergerak hati aku untuk menulis sedikit artikel yang aku rasa perlu aku tulis dan kongsi. It all about Ramadhan :)

Ramadhan telah berlalu dan meninggalkan kite. Sedihkan? Ye, memang sedih bagi orang orang beriman dan perasaan yang biasa biasa je bagi orang yang tak reti menghargai pemberian dari Allah yang amat mulia ni. Ramadhan bulan yang penuh barakah dan penuh dengan rahmat. Percaya atau tak, setiap kali bulan Ramadhan, masjid atau surau akan menyediakan makanan. Yes, itu lah rahmatnya :)
Kehadiran Ramadhan jugak meringankan tangan tangan orang beriman untuk bersedekah samada wang ringgit ataupun makanan dan sebagainya. Itu lah fakta :)

Actually, aku nak cerita sedikit tentang aku menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Seriously, bagi aku, Ramadhan kali ni amat bermakna bagi aku. Kalau dulu, datang je Ramadhan, aku rase lemah, malas dan tak rase macam Ramadhan pun. Tapi kali ini aku rase ni lah Ramadhan yang terbaik bagi aku. Alhamdulillah aku dapat penuhi hari hari sepanjang Ramadhan ini dengan aktiviti yang berfaedah walaupun kadang kadang ade terjatuh ke lembah lagha.

Salah satu faktor Ramadhan aku kali ini bermakna disebabkan persekitaran. Bagi aku, kalo persekitaran tu baek baek belaka, insha Allah kita takot nak buat jauh. Betul kan? *tolong tegur kalau salah :)
Seriously, aku tak pernah ade dalam satu komuniti yang mana orang orangnye baek baek belaka. Aku dok sane depe selalu ajak aku bwat bende baik baik. Macam solat, bc Al Quran and macam macam lagi.

Okay, aku terus cut story kepada kehidupan aku pada 10 malam terakhir Ramadhan. Aku dan beberapa kawan aku telah beriktikaf di masjid yang ade kat Ipoh. Tiga masjid je yang jadi tumpuan kami untuk beriktikaf. masjid negeri, masjid Intim dan masjid hospital. Yes, banyak dugaan dan cabaran sewaktu beriktikaf. Nak tahu tak, ketika kami syok menikmati hari hari Ramadhan ni, sekolah pulak buat Trial STAM. Pada mulanya, kami rase macam beban tapi ade sorang akhi ni kate bende bende ni bukan beban tapi ni lahh ujian. Alhamdulillah, hati hati terawat dengan nasihat beliau dan nasihat para ustaz kami.

Ada satu hari tu, salah sebuah masjid ni qiyam nafsi nafsi. At the same time, aku bangun lambat dalam pukul 4 lebih kot. Aku bergegas ambil wuduk dan solat. Tengah syok syok beribadah, aku nampak laaa orang lalu lalang depan aku turun ke tempat untuk bersahur. Takpe lahh aku pun teros beribadah. Selesai je solat, aku pun turun dan aku tengok lauk semua clear. Ahh tersentap hati aku, rase nak nangis je. Hati aku berbicara "nak makan apa ni?"  -.-
Kemudian datang la sorang kawan aku dan menyuruh aku minum air sikit. Aku meng-iyakan je. Then, aku pinjam kereta kawan aku dan teros ke kedai makan dan bersahur di kedai makan sorang sorang -.-
Banyak lagi ujiannya. Ada satu hari tu, kami terlajak tidur, sedar sedar orang dah start qiyammulail. Seriously, malu gilaa. Aku bangun dan teros ke tempat ambil wuduk dengan kadar segera. Pastu terserempak dengan akhwat dengan muka aku baru bangun tidur, dengan rambut serabai habes -.- Aku fikir time tu, die pun baru bangun tu, muka tidur lagi. So perasan malu tu hilang :)

Timbul satu soalan dari dalam diri aku, agak agaknye, aku istiqomah ke tak dengan ibadah yang aku bwat waktu bulan puase ni untuk bulan bulan yang seterusnya. Ape yang penting sebenarnya, kite kene set up aktiviti kita untuk keesokan harinya. Mula mula memang agak berat nak bwat, lame lame okay laa. Tapi bile lame lame kite akan diuji oleh Allah. Konklusinya, mohon kekuatan dari Allah je laa :)

Okay, mungkin tu je kot perkongsian aku. Aku tak pandai sangat nak posting panjang panjang gini. Hope korang boleh tunjuk ajar kepada insan yang baru nak berjinak jinak dengan alam maya ni :)
Harap harap artikel yang ditulis dapat kite ambil 'ibrah dan menjadi nasihat dan tazkirah kepada kita semua khususnya yang menulis ni :)