Sunday, June 19, 2011

wahai orang-orang yang beriman.

Assalamua'laikum,

Pernahkah anda terfikir, bersih atau tidak pakaian yang anda cuci dengan menggunakan mesin basuh? Perkara ini nampak remeh tapi boleh menjejaskan kehidupan kita terutamanya ketika beribadah.
Menurut pendapat ulamak, membersihkan pakaian dengan menggunakan mesin basuh dibolehkan dan pakaian yang dibersihkan itu hukumnya suci tetapi dengan syarat pakaian tersebut tidak terkena NAJIS. 

Namun, yang menjadi persoalannya adalah membasuh pakaian yang bernajis atau pakaian yang terkena najis seperti darah, nanah, tahi, dan lain-lain. Maka, hukum pakaian yang dicuci itu tidak suci kerana air yang tidak sampai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu. 




Jika menggunakan mesin basuh semi auto, anda hendaklah membilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air yang diganti beberapa kali. Kemudian, barulah pakaian tersebut dimasukkan ke ruang pengering untuk dikeringkan. 




Jika menggunakan fully auto, sedikit masalah timbul kerana ketika membilas pakaian, mesin tersebut tidak mengalirkan air pada pakaian sebaliknya menakung air dan merendam semula pakaian. Oleh sebab pakain belum suci (atau bernajis) maka seluruh takungan air itu jadi bernajis. Begitu juga untuk bilasan kedua. Kemudian, pakaian yang masih belum suci itu akan dikeringkan menjadikannya tetap tidak suci.

Jadi, jika anda inginkan pakaian anda suci, maka hendaklah pakaian-pakaian di dalam mesin dibilas dengan air suci. Selain itu, bagi pakaian yang bernajis, hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Jangan campur adukkan pakaian bernajis dengan pakaian tidak bernajis lebih-lebih lagi seperti telekung solat, sejadah dan lain-lain.
Apa yang amat penting dan perlu diambil kira ketika membasuh pakaian bernajis atau tidak, mestilah mengalirkan air mutlak pada pakaian tersebut pada bilasan yang terakhir atau boleh juga mencelup pakaian itu ke dalam air yang banyak (lebih 2 qullah) seperti kolam, atau anak sungai yang mengalir. Hal itu, kita mesti berhati-hati menggunakan teknologi supaya selaras dengan kehendak syariat Islam. Semoga apa yang kita buat ini mendapat keredhaan Allah. Amin.

Monday, June 6, 2011

Cuti cuti Kelate!

Assalamualaikum, aku nak cerita tentang cuti sekolah dua minggu ni. De orang cuti ni dia pulonn habes habes nak bace buku. Tapi aku idakk, aku rase malas gilaa nak bukakk buku apetah lagi nak bace. Huhh setan memang banyak ahh kat lua asrama nii. Oke Jumaat lepas bertarikh 3.5.2011 aku dan keluarga(tak semua) pergi ke Kelantan. After solat Jumaat di Manjung, kami teros gerak ke Kelantan. Huhh perjalanan die sungguh membosankan. Aku tak suke laa jalan jauh jauh nii, sepanjang perjalanan tu asyek rase nak terbuekk jeh(camne lahh nak pegi Mesir ni) -.- Oke oke sambung balik, emm sampai disana dalam pukol sebelas lebihh. Kami pon cari kedai makan, kebetulan duduk dekat dengan sekumpulan orang muda yang lawaknye aku tak tahan orang diorang sembang. Lawak kott dengan loghat depaa. Then, mujurlahh dapat sewa homestay sebuah. Sampai je kat sane aku teros je carik katil and tidoo. Pada pagi tuhh, dalam pukol sembilan lebih uhh kami pon keluar dari rumah and merayap di bandar Kota Bharu. Woww aku tengok semue kedai kat sane mesti de tulisan jawi kat signboard kedai. Tak kire laa kau cina kaa india kaa smue de tulisan jawi. Lagi, dekat sane masjid and musalla mesti jumpe je. Abah aku cakap die taknak musnah masjid masjid lame sebab die nak teroskan wakaf orang orang dulu. Kalau die musnah habes camtu je laa wakaf jariah orang tu. Emm bile aku fikir betol gak. Kat sane memang Islamic City laa, boleh tahan laa. Pastu kami pon pergilahh ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk bershopping.

 Pasar Besar Siti Khadijah

And then singgah laa makan. Huhh udang bapok besaq tangan.

 panas kot dalam ni. huh.



Actually kat situ bagi aku takde pon bestt name pon pasar. Ape yang ade kat situ kain, keropok n macam macam arhh tak travel habes pon kat situ. Lepas tuu secara kebetulannye teros pergi ke muzium. Lupe ar name muzium tu, duhh.

Tak pasal pasal je aku upload gamba nihh.

Ohh rupe rupenye perkataan 'keris' de maksud tersendiri -.-

Kebetulan homestay tu dekat dengan Radix Fried Chicken pe lagii teros je pi sane. Meleleh? HAHA xD

Oke, pada keesokannye pulakk hari Ahad kami pon bertolak untuk balik ke Manjung. On the way nak balik tu, shopping lagii. Beli laa barang Siam -.- Tapi yang peliknye sepanjang bershopping kat Kelantan aku tak beli se apa pun melainkan kopiah 15 ghiya.

 gambar hiasan sajaa :D

p/s: i think after SPM i want to stay at Kelantan. huhu.

Wednesday, June 1, 2011

Lebih kuat dari yang kuat.

Korang bace. Bagi aku, mende nih tak membosankan pon kalau bace sepuluh kali(yeke?).





Suatu hari seorang sahabat datang berjumpa dengan Ali r.a. Beliau bertanya kepada Ali "Apakah benda yang paling kuat sekali?". "Api", Ali r.a menjawab kerana api itu panas dan boleh membakar.

"Adakah benda yang lebih kuat daripada api?", tanya sahabat. "Ada iaitu air", kata Ali r.a kerana air dapat memadamkan api.

Sahabat bertanya lagi, "Apakah yang lebih kuat daripada air?". Ali r.a menjawab "Awan". Ini kerana awan yang menurunkan hujan (air).

"Selain awan, apakah benda yang lebih kuat daripadanya?", soal sahabat. "Angin", jawab Ali r.a kerana angin mampu menggerakkan awan dan ia juga mampu mengumpulkan awan.

"Jika begitu, pasti ada benda yang lebih kuat daripada awan. Apakah ia?", sahabat bertanya. Ali r.a menjawab "Manusia". Ini kerana manusia boleh menghirup udara (angin) dan boleh menghembus dan mengeluarkan ia semula.

Sahabat bertanya lagi, "Apakah yang lebih kuat daripada manusia?". "Mengantuk", jawab Ali.r.a kerana orang yang mengantuk tidak dapat berbuat apa-apa. Hatta sekuat mana sekalipun orang itu, apabila dia mengantuk pasti dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Apakah benda yang lebih kuat dari mengantuk?", tanya sahabat. Ali r.a menjawab, "Risau". Risau biasanya akan menyebabkan seseorang tidak boleh tidur.

"Jika begitu, apakah perkara yang lebih kuat dari risau?", tanya sahabat. "Zikrullah", Ali r.a menjawab. Zikrullah tidak bererti berzikir, tetapi ia adalah maqam di mana seseorang hamba yang akan sentiasa mengingati TuhanNYA dalam setiap denyut nadi dan setiap apa ketentuan yang berlaku ke atasnya.