Monday, November 19, 2012

Bersedia menerima teguran.

Sudah lama agaknya aku tak posting nota nota berguna. Sebenarnya, dah lama dah aku nak update blog aku ni tapi masa tidak mengizinkan. Maklumlah sibuk dengan program sekolah. Ingatkan habis STAM tu, takde la busy dah, rupa rupanya sebaliknya. Teringat aku kate kate sahabatku, "tiada masa untuk da'ie bercuti, masa cutinya apabila sampai ajalnya". In shaa Allah, hari ini Allah telah beri peluang kat aku untuk posting sesuatu yang berguna untuk diri yang menaip ni dan pembaca di luar sana. Harap ianya dapat membuka mata hati kita :)

Pernah tak kita kena tegur? Mesti pernahkan? Tak kisahlah kita kena tegur dengan guru, sahabat, ibu bapa dan masyarakat lain. Persoalannya, apa reaksi kita selepas kena tegur? Marah? Gembira? Itu semua bergantung pada diri kita bagaimana kita menerima teguran itu. Dan satu lagi persoalannya, apakah kita ambil pengajaran daripada teguran tersebut jika teguran itu teguran yang baik untuk kita? Itu pun bergantung pada diri kita.

Kita sedia maklum teguran itu bermacam macam. Ada teguran yang membina jati diri, ada juga teguran yang melemahkan semangat kita dan macam macam lagi yang ditafsir oleh pelbagai fikiran manusia. Tapi hakikat teguran itu sebenarnya membina jati diri kita. Cuma kita je yang tak nampak kepentingannya dan kesannya.

Boleh dikatekan kita ni susah untuk menerima teguran. Betol tak? Sebabnya, ego kita ni tinggi sangat. Diri ini pon agak susah untuk ditegur tapi boleh terima, tapi perlukan sedikit masa.

Kenapa kita susah untuk terima teguran? Mengikut pengalaman aku, ade beberape sebab. First, faktor umur. Yang muda tegur yang tua. Agak agaknye lah, ape reaksi orang tua? Mostly, mesti marah secare tibe tibe. Yelah, mereka rase mereka betul, mereka makan garam dulu daripada kita, kata mereka lah.

Lain pulak kalau yang tua tegur muda. Si muda akan memberontak dan buat macam macam. Yelah, mereka darah muda katakan. Mereka akan bagi alasan yang bermacam macam. Muda muda enjoy dulu, tua tua baru insaf, buka Quran. *Itupun kalo kau confirm kau hidup time tu.

Faktor yang keduanya, mengikut pengalaman dan pendapat aku, merasakan diri ini betul dan orang lain salah.

Contoh, kita ada rakan yang pandai dan diri kita ni pun boleh dikatakan dapat bersaing dengan dia. Suatu hari, kite buat sikit je kesilapan dan rakan kita ni tegur kita. Dia "berleter" agak panjang tapi "leteran" dia bagus untuk kita sebenarnya.

Faktor seterusnya, mungkin kita ni terlampau selesa duduk di tempat yang selesa atau tinggi sampai takde sape yang tegur kita bila kita buat salah terutamanya kesalahan syara'.

Sebenarnya, semua ni salah diri kita jugak. Faktor faktor yang disebutkan tadi semuanya datang daripada diri kita sendiri. Kita sendiri yang menjadi penghalang. So kita mesti kaji diri kita, mesti muhasabah balik diri kita then kita perbaiki diri kita. Bila kita dah tahu masalahnya, maka jalan penyelesaian menjadi lebih mudah.

Langkah langkah untuk mengatasi masalah ni, tak lain tak bukan, kita kene kembali kepada fikrah Islam yang sebenar. Islam ajar, teguran yang baik itu natijahnya baik untuk kita, so kita terima lah teguran tu. Kita kena hayati teguran tersebut. Jangan nafsu menguasai kita, biar Quran dan Sunnah di depan dahulu.

Seterusnya, kita mesti mencari sahabat. Sahabat disini bermaksud orang yang kita selesa dengannya, dia pon selesa dengan kita. Saling memahami antara satu sama lain dan boleh berkongsi masalah. Sahabat yang membawa kita ke jalan syurga.

Sebab ape perlunya sahabat? Sebab hidup kita ni bukan sendirian. Nabi Muhammad S.A.W menyebarkan dakwahnya bukan keseorangan tapi perlukan teman iaitu Abu Bakar dan tiga sahabat yang lain yang utama.

Dengan sahabat, dia tahu cara nak menegur kita mengikut perasaan kita. Mungkin ada manusia yang kena ditegur secara lembut dan mungkin ada dengan cara yang kasar sedikit dan mungkin ada manusia yang dileka duniawi dahulu then senang untuk ditegur, contohnya, bawak dia pergi makan then tegur lah sepuas puasnya. Itulah dakwah namanya, mesti kreatif :)

So, mulakan dengan diri kita dahulu then spread it. In shaa Allah, kita dipermudahkan oleh Allah dalam memperbaiki diri kita.

Aku harap perkongsian ini berguna untuk orang yang menaip ni dan untuk yang lain.

*Ampun dan maaf, jika ada terkasar bahasa. Aku hanya menulis berdasarkan pengalaman aku :)